Jumat, 08 Oktober 2010

hukum-hukum haid

http://www.hafizfiRdaus.cOm/ebOOk/DaRahWanita/empat.htm

* Hukum-hukum Haid:
1. SHALAT: DihaRamkan sOlat ke atas wanita yang sedang haid, sama ada sOlat sunat mahupun sOlat faRdhu. Bahkan tidak sah jika dia tetap melaksanakannya. Namun teRdapat satu pengecualian, iaitu apabila dia sempat mempeROleh satu Rakaat sOlat faRdhu dalam waktunya, sama ada di awal waktu atau akhiR waktu, maka wajib ke atasnya untuk melaksanakan sOlat faRdhu teRsebut.
2. BERZIKIR dan MEMBACA AL-QUR’AN: Wanita yang sedang haid bOleh beRzikiR, beRtasbih (membaca Subhanalah), beRtahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. BOleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), beRdOa, mengaminkan dOa dan mendengaR bacaan a-QuR’an. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 menyatakan, “Sejak asal tidak ada laRangan daRipada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-QuR’an. Hadis: “Wanita haid tidak bOleh membaca sesuatu daRipada al-QuR’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati Oleh paRa ahli hadis.”
3. PUASA: DihaRamkan bagi wanita yang sedang haid untuk beRpuasa, sama ada puasa sunat mahupun puasa faRdhu. Jika dia tetap beRpuasa maka tidak sah puasanya. Akan tetapi dia wajib mengqadha puasa faRdhunya. Apabila seORang wanita sedang beRpuasa lalu dia didatangi haid, maka puasanya menjadi batal sekalipun waktu beRbuka (waktu MaghRib) sudah sangat hampiR. Apabila seORang wanita tamat haidnya sebelum teRbit fajaR (belum masuk waktu Subuh), maka dia bOleh beRpuasa dan puasanya adalah sah sekalipun dia belum sempat mandi wajib.
4. TAWAF di KA’BAH: DihaRamkan bagi wanita yang sedang haid untuk tawaf, sama ada tawaf sunat mahupun tawaf faRdhu. Jika dia tetap tawaf maka tidak sah tawafnya. Akan tetapi dihaRuskan melaksanakan lain-lain amalan daRipada haji dan umRah sepeRti sa’e antaRa Safa dan MaRwah, wuquf, beRmalam di Mudzalifah dan Mina, melOntaR jamRah dan sebagainya. Apabila seORang wanita telah menyempuRnakan ibadah haji dan umRah lalu dia didatangi haid yang beRteRusan sehingga saat hendak balik ke negeRinya, dia bOleh balik tanpa melakukan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal).
5. DUDUK DALAM MASJID: DihaRamkan bagi wanita yang sedang haid untuk beRada atau duduk dalam masjid.
6. BERSETUBUH: DihaRamkan bagi seORang suami untuk menyetubuhi isteRinya yang sedang haid. Demikian juga, dihaRamkan bagi seORang isteRi yang sedang haid untuk membiaRkan suaminya menyetubuhinya. Selain itu, dihalalkan bagi suami untuk memuaskan nafsunya dengan beRciuman, beRpelukan, beRsentuhan dan lain-lain, asalkan bukan faRaj. Malah lebih utama jika tidak beRsentuhan kulit pada kawasan yang teRletak antaRa pusat dan lutut kecuali dengan beRlapik.
7. TALAK (CERAI): DihaRamkan ke atas suami untuk menceRaikan isteRinya yang sedang haid [al-Talaq 65:01]. SeORang suami tidak bOleh menceRaikan isteRinya yang sedang haid keRana masa haid tidak dikiRa sebagai peRmulaan iddah. Hukum haRam menceRaikan isteRi yang sedang haid memiliki 3 pengecualian: a. Sejak beRnikah pasangan suami isteRi teRsebut belum peRnah beRsamaan atau beRsetubuh. b. IsteRi yang didatangi haid ketika sedang hamil. c. Jika beRlaku penceRaian secaRa tebus talak (khulu’).
8. DIKIRA BILANGAN TALAK DENGAN HAID: Apabila seORang suami menceRaikan isteRinya selepas menyetubuhinya, maka wajib ke atas isteRi teRsebut menghitung iddahnya dengan kedatangan tiga kali haid yang sempuRna. SyaRat ini adalah bagi isteRi yang masih didatangi putaRan haid dan tidak hamil.
9. MENGHUKUM KEKOSONGAN RAHIM: KekOsOngan Rahim beRmaksud tidak hamil. Sebagai cOntOh, seORang isteRi yang kematian suami beRkahwin dengan suami yang baRu. Suami yang baRu tidak bOleh menyetubuhinya sehingga dia didatangi haid atau jelas hamil.
10. WAJIB MANDI: Apabila haid beRhenti, wajib mandi dengan mengenakan aiR ke seluRuh anggOta badan. SyaRat paling minimum bagi mandi wajib adalah dikenakan aiR pada seluRuh anggOta badan teRmasuklah ke bawah Rambut. Tidak wajib membuka ikatan Rambut kecuali jika ia teRikat dengan kuat keRana dibimbangi aiR tidak akan sampai ke kulit kepala. Jika haid beRhenti sesudah masuk waktu sOlat maka wajib segeRa mandi supaya dapat dilaksanakan sOlat dalam waktunya. Jika menghadapi kesukaRan untuk mandi sepeRti musafiR, tidak ada aiR, mudaRat menggunakan aiR atau sakit, maka bOleh beRtayamum sebagai ganti kepada mandi. Apabila faktOR kesukaRan hilang, maka wajib mandi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar